Saturday, December 17, 2011

Explorace Sakura Satukan Warga Kolej Sakura


Salam sejahtera semua !


Hari ini, mari kita mengimbas kembali tentang apa yang dah berlaku semasa aktiviti Explorace Sakura pada 18 September 2011 yang lepas. Ramai yang turut serta bukan ? Nama pun wajib bah. Kalau nak duduk Kolej Sakura lama-lama, kenalah aktif beraktiviti. 


Barisan JPK yang gagah perkasa. Kak Doryna menunjukkan kemachoannya. haha

Program ini telah dikendalikan oleh barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) 2010/2011. Kita semua tahu, JPK kita semua sangat lah agresif, lasak, dan comellll. Maka, kerana keagresifan mereka aktiviti Explorace Sakura telah dimulakan pada pukul 2.00 petang. hehe. Di mana matahari sedang berada tepat diatas kepala masing masing. Kadang kadang terasa diri berada di Gunung Sahara. Nasib baiklah, masih di UNIMAS. 



Muka muka pelajar Sem 1 yang sangat naif sedang tekun menerima taklimat.

Sebelum apa apa jua program, pasti ada taklimat bukan ? Gambar diatas menunjukkan warga Sakura sedang menerima taklimat dengan sangat tekun. Sangat tekun, sambil berpayungan untuk mengelak sinaran UV yang boleh mengaktifkan pertumbuhan jerawat dengan sangat pantas. Cuba cari diri anda dimana ?


MARI KITA MULA !

hilang sudah keayuan, cuma kemachoan yang penuh semangat terpampar diwajah puteri Sakura.

Sebelum itu, puteri puteri Sakura haruslah melepasi check point yang telah disediakan. Iaitu, Jambatan Tasik Cinta Unimas, ruang legar Fakulti Kejuruteraan, Klinik Unimas, DeTar Putra, dan Laluan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif. Mari kita lihat pelbagai ragam puteri Sakura di beberapa check point !



Semasa check point di Tasik Cinta, muka masing masing macam ketakutan seperti disuruh terjun seorang seorang ke dalam tasik. Siap cross fingers lagi...



Ini membuktikan bahawa pelajar Sakura mempunyai struktur pinggang yang sangat kukuh.
Tidak perlu susu Anlene. 



Amboiiii, penuh perasaan nampakkk !
*The Lucky Wall in the World*



Lebih kurang pada pukul 5.30 petang, program pun tamat dengan jayanya. Ini adalah kumpulan pertama yang berjaya sampai ! tahniah ! bukti kepenatan dapat dilihat, apabila payung yang digunakan untuk menghalang cahaya UV telah bertukar menjadi tongkat. 


Dan yang pasti, objektif program untuk memupuk kerjasama antara puteri Sakura, saling bertolak ansur dalam kumpulan, dan tidak berputus asa telah tercapai.


Tahniah pada semua !
 

Friday, December 16, 2011

Dunia Baru Kolej Sakura !


Salam sejahtera puteri puteri Sakura !

Agak mengejutkan juga bukan, kerana, pasti ramai yang tidak tahu kewujudan blog Kolej Sakura. Blog disini memaksudkan satu medium penyampaian maklumat mengenai aktiviti aktiviti yang telah berlaku di Kolej Sakura.


Jadi, kalau anda semua blur dengan tiba tiba mengenai aktiviti yang sangat banyak dan juga berjalan sepantas kelajuan cahaya...Apa kata anda mengikuti perkembangan blog Sakura ?
Senang sahaja, buka facebook Kolej Sakura, dan poof ! Anda pasti akan menemui blog Sakura di situ. Magic bukan ? macam Ringgadium laviousa tuuu ^_^


Begini, saya selaku ahli redaksi yang bertaggunjawab, amat mengalu alukan sebarang cadangan daripada anda ! Siapalah saya ( editor ) jika tidak melakukan kesilapan. Saya juga memerlukan idea idea yang cukup bernas daripada anda.





Maka, ucapkan lah selamat datang kepada blog Sakura tahun 2011 ini !
salam sayang, salam satu Sakura, terima kasih ! 





 

Wednesday, January 12, 2011

Sakura Ceria

SAKURA, 8 Januari 2011 :


Barisan Jawatankuasa Kolej Sakura (JPK) telah mengadakan satu program yang dinamakan Sakura Ceria.Program ini bermula pada jam 2.00 petang dan melibatkan semua warga kolej yang diadakan di Bilik Seminar.Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong, ‘bila angin bertiup’ , potluck , ‘puzzle deluxe’ dan teka silang kata.


Program ini juga disertai dengan amanat Puan Pengetua, Puan Rafeah Binti Wahi.Dalam kesempatan mengadakan program Sakura Ceria, pihak kolej mengambil peluang berkenalan dengan pelajar-pelajar baru ambilan Disember 2010.


Sakura ceria dimulakan dengan sesi gotong royong membersihkan sekitar Sakura dan apartment pelajar dan berakhir satu jam kemudian.Program ini diteruskan lagi dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak JPK.Aktiviti sebegini telah menjadi satu kewajipan bagi pihak warga Sakura bagi mengeratkan lagi silaturrahim.


Selain itu, Sakura Ceria dapat memberi pendedahan kepada para pelajar terutamanya pelajar baru tentang hidup bermasyarakat.Program Sakura Ceria berakhir tepat jam 6.00 petang.

Monday, February 15, 2010

Program " WANITA ANGGUN "


Adakah anda berminat untuk mengetahui apakah ciri-ciri seorang wanita yang anggun ?

Adakah anda berminat untuk mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang wanita yang anggun?

Jika YA, satu Program Wanita Anggun anjuran Kolej Sakura akan diadakan pada butiran berikut :


Tarikh : 27 & 28 Februari 2010

Masa : 8.00 am – 5.00 pm

Tempat : Dewan Kuliah, CTF 1

Yuran : RM 20


Jika berminat, anda bolehlah mendapatkan borang pendaftaran di Pejabat Am kolej masing-masing. Setelah melengkapkan borang penyertaan, hendaklah diserahkan borang tersebut berserta yuran penyertaan kepada AJK kolej masing-masing.

Jika mempunyai sebarang persoalan dan kesulitan,bolehlah menghubungi AJK kolej, Saudari FATINI ( 014-5152487 ) ataupun terus kepada pengarah program, Saudari Balkees (016-4006598).


Tempat hanya TERHAD kepada 30 orang sahaja.

Sijil Penyertaan dan makanan akan disediakan kepada peserta.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 24 FEBRUARI 2010

Friday, February 5, 2010

Sesi Berkaraoke Bazaar Siswa Sakura


SESI BERKARAOKE BAZAAR SISWA SAKURA


10 FEBRUARI 2010 (Rabu)


4.30 pm


hanya RM1.50 (pelajar) & RM3 (staf) untuk sebuah lagu


COP KOLEJ disediakan beserta pindaan


Permintaan lagu boleh mengikut citarasa sendiri atau dipilih terus di tapak Bazaar pada 10 Februari 2010 (Rabu)




PESERTA DIKEHENDAKI MEMBUAT PRE-DAFTAR DENGAN MENGHANTARKAN BUTIRAN LENGKAP KE jpksakura@gmail.com
selewat-lewatnya 8 FEBRUARI ( Isnin ) sebelum jam 12 tengah malam



PENGESAHAN PENYERTAAN DAN PEMBAYARAN HARUS DIBUAT PADA:
10 FEBRUARI 2010
KAUNTER JPK BAZAAR SISWA SAKURA
4.30 petang





TUNJUKKAN KEHEBATAN SUARA ANDA DAN BAWA PULANG COP KOLEJ....!

Dedikasi Lagu & Ucapan Bazaar Siswa Sakura

DEDIKASI LAGU & UCAPAN BAZAAR SISWA SAKURA

10 FEBRUARI 2010 (Rabu)

Hanya RM 0.50 untuk sebuah lagu


Ingin menyampaikan apa yang terbuku di hati? tapi tiada kekuatan untuk meluahkan?

ingin meminta maaf tapi tidak berani berdepan?

atau ingin mengucapkan terima kasih pada orang tertentu?



PESERTA DIKEHENDAKI MEMBUAT PRE-DAFTAR DENGAN MENGHANTARKAN BUTIRAN LENGKAP KE jpksakura@gmail.com
selewat-lewatnya 8 FEBRUARI ( Isnin ) sebelum jam 12 tengah malam



PENGESAHAN PENYERTAAN DAN PEMBAYARAN HARUS DIBUAT PADA:
10 FEBRUARI 2010
KAUNTER JPK BAZAAR SISWA SAKURA
kaunter mula dibuka 3.30 petang




*dinasihatkan pelajar menyediakan lagu pilihan lain sekiranya tiada lagu yang diminta.

Pertandingan Lakonan Spontan Bazaar Siswa Sakura

PERTANDINGAN LAKONAN SPONTAN BAZAAR SISWA SAKURA


10 FEBRUARI 2010 (Rabu)


9.00 - 10.00 pm


PERKARANGAN TEMPAT LETAK KERETA KOLEJ CEMPAKA



Syarat-syarat penyertaan :

Terbuka kepada semua pelajar UNIMAS

hanya RM3 untuk setiap penyertaan

Penyertaan terhad kepada 20 penyertaan sahaja

SIAPA CEPAT DIA DAPAT

penyertaan adalah secara berkumpulan sahaja ( maksimum 3 orang & tanpa mengira jantina )

COP KOLEJ disediakan beserta pindaan



5 WATAK :

IBU / AYAH

GURU

PELAJAR

TUKANG CUCI

PEMANDU BAS




Kaedah pertandingan :

Setiap lakonan adalah selama 3 minit sahaja

Setiap kumpulan akan diberi pilihan untuk mencabut satu kertas

Setiap kertas mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri

Skrip dan kisah akan dibacakan oleh pengacara majlis

Peserta hanya perlu melakonkan aksi berdasarkan jalan cerita yang dibaca

Peserta akan diadili oleh Presiden setiap kolej berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

1) kreativiti

2) kerjasama

3) penggunaan pentas

4) personaliti & kostum

5) penghayatan watak

HADIAH MENARIK UNTUK PEMENANG UTAMA



PESERTA DIKEHENDAKI MEMBUAT PRE-DAFTAR DENGAN MENGHANTARKAN BUTIRAN LENGKAP KE jpksakura@gmail.com
selewat-lewatnya 8 FEBRUARI ( Isnin ) sebelum jam 12 tengah malam



PENGESAHAN PENYERTAAN DAN PEMBAYARAN HARUS DIBUAT PADA:
10 FEBRUARI 2010
KAUNTER JPK BAZAAR SISWA SAKURA
5.00 - 5.30 petang



TUNJUKKAN KEHEBATAN ANDA DAN MENANGI HADIAH MENARIK SERTA BAWA PULANG COP KOLEJ...!

Pertandingan Makeover Bazaar Siswa Sakura

PERTANDINGAN MAKEOVER BAZAAR SISWA SAKURA

10 FEBRUARI 2010 (Rabu)


8.00 - 9.00 pm


PERKARANGAN TEMPAT LETAK KERETA KOLEJ CEMPAKA



Syarat-syarat penyertaan :

Terbuka kepada semua pelajar UNIMAS

5 KATEGORI

a) SOLEKAN TUA

b) SOLEKAN SERAM

c) SOLEKAN LUCU

d) SOLEKAN COMEL

e) SOLEKAN ANGGUN

BERKUMPULAN ( MAKSIMUM 3 ORANG)

HANYA RM3 UNTUK SETIAP PENYERTAAN

SETIAP PENYERTAAN LAYAK UNTUK 1 KATEGORI SAHAJA

ALATAN SOLEKAN & KOSTUM TIDAK DISEDIAKAN

HADIAH MENARIK UNTUK PEMENANG UTAMA BAGI SETIAP KATEGORI


COP KOLEJ DISEDIAKAN BESERTA PINDAAN


PESERTA DIBERI 7 MINIT UNTUK BERSOLEK

PESERTA DIKEHENDAKI MELAKONKAN SEDIKIT AKSI BAGI MENYAMPAIKAN WATAK YANG DIBAWA

BAKAL DIADILI OLEH PRESIDEN SETIAP KOLEJ DI UNIMAS

Kriteria pengadilan :

1) kreativiti

2) kerjasama

3) kostum

4) ketepatan tema

5) ketepatan masa

6) penghayatan watak

7) keyakinan


PESERTA DIKEHENDAKI MEMBUAT PRE-DAFTAR DENGAN MENGHANTARKAN BUTIRAN LENGKAP KE jpksakura@gmail.com
selewat-lewatnya 8 FEBRUARI ( Isnin ) sebelum jam 12 tengah malam



PENGESAHAN PENYERTAAN DAN PEMBAYARAN HARUS DIBUAT PADA:
10 FEBRUARI 2010
KAUNTER JPK BAZAAR SISWA SAKURA
5.00 - 5.30 petang


TUNJUKKAN KEHEBATAN ANDA DAN MENANGI HADIAH MENARIK SERTA BAWA PULANG COP KOLEJ...!

Thursday, February 4, 2010

NOTIS PROGRAM BAZAAR SISWA SAKURA


BAZAAR SISWA KOLEJ SAKURA

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Tarikh : 10 Februari 2010 ( Rabu )

Masa : 1430 - 2200

Tempat : Tempat Letak Kereta Kolej Cempaka

Tentatif Program :

1430 – Pendaftaran peniaga

1630 – Dedikasi lagu & ucapan dan sesi karaoke bermula.

( karaoke dijalankan bila ada waktu senggang antara aktiviti & permintaan )

1730 – Cabutan bertuah sesi 1

2000 – Pertandingan makeover

2030 – Cabutan bertuah sesi 2

2100 – Pertandingan lakonan spontan

2130 – Cabutan bertuah sesi 3

2200 – Penyampaian hadiah dan penutup

SENARAI AKTIVITI

DEDIKASI LAGU DAN UCAPAN

Hanya RM 0.50 untuk sebuah lagu

PERTANDINGAN MAKEOVER

RM 3 sahaja untuk setiap penyertaan

Penyertaan secara berdua atau berkumpulan ( maksimum 3 orang)

Kategori : tua, lucu, seram, comel, dan anggun

Hadiah menarik menanti pemenang-pemenang

SESI BERKARAOKE

RM 1.50 (pelajar) dan RM3 (staf) untuk setiap lagu

CABUTAN BERTUAH

Pelajar yang mendapat kupon cabutan bertuah dengan membeli apa-apa jenis barangan yang melebihi RM 5 berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah menarik.

LAKONAN SPONTAN

RM3 untuk setiap penyertaan (dihadkan kepada 20 penyertaan)

Penyertaan secara berkumpulan (maximum 3 orang)

**NANTIKAN KEMUNCULAN BADUT SAKURA UNTUK MENCERIAKAN SUASANA BAZAAR..

Setiap penyertaan pertandingan akan diberikan cop kolej. Setiap Peserta hanya tertaluk kepada 1 cop kolej (3 mata merit) walaupun menyertai lebih dari satu pertandingan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, sila hantarkan butiran anda ke jpksakura@gmail.com Penyertaan adalah selewat-lewatnya pada 8.2.2010 (Isnin).

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti, sila layari http://kolejsakura.blogspot.com/

Monday, February 1, 2010

Perjumpaan Bersama-sama Pengetua dan Felo Kolej Sakura

Seperti kebiasaannya, tahun baru pasti akan dibuka dengan amanat dan pesanan oleh setiap pemimpin dan ketua. Begitu juga dengan Kolej Sakura, perjumpaan bersama-sama pengetua dan felo ini adalah sebagai satu sesi di mana pengetua dan felo memberi ucapan dan nasihat di samping mendengar luahan atau pertanyaan dari pelajar-pelajar Sakura.

Pengetua Kolej Sakura, Puan Rafeah bt Wahi sangat tenang dalam menyampaikan ucapan beliau, dengan penuh hikmah dan kasih-sayang, amanat dan pesanan dapat disampaikan dengan lancar. Dengan kehadiran felo, Pn Noorma bt Ismail dan Cik Siti Nor Ain bt Musa yang setia meluangkan masa bersama pelajar-pelajar Kolej Sakura.

Perjumpaan yang diadakan di Bilik Seminar Kolej Sakura telah dipenuhi dengan pelajar Sakura yang sentiasa mencari peluang untuk bersama-sama pengetua dan felo-felo. Peluang yang ada digunakan untuk menyampaikan suara hati, cadangan dan mengemukakan pertanyaan.

Pesanan yang paling manis dan tidak akan dilupakan tentang penjagaan maruah diri dan pemakaian, kita kadangkala keliru sama ada kita adalah gadis, remaja perempuan atau wanita. Walau apa pun, kita semua sedang melangkah ke alam wanita dan menjadi tanggungjawab setiap wanita untuk menjaga maruah diri supaya dihormati dan disegani.

Terima kasih Puan atas nasihat yang berguna itu. InsyaAllah tidak akan kami lupakan dan akan kami praktikkan dalam kehidupan seharian.




Sakura Ceria - Pagi Ceria

Sakura Ceria merupakan aktiviti gabungan empat Exco JPK iaitu Exco Akademik & Kerjaya, Exco Kebajikan & Kemudahan, Exco Kesenian & Kebudayaan dan Exco Keusahawanan pada 30 Januari 2010 iaitu hari Sabtu bermula dari jam 6.30 pagi sehingga 12 tengah malam.

Terbahagi kepada tiga sesi, Pagi Ceria, Petang Ceria dan Malam Ceria. Setiap sesi mempunyai aktivitinya yang tersendiri.

Kali ini, akan dibentangkan tentang Pagi Ceria.







Seawal 6.30 pagi program ini bermula, para pelajar sungguh menepati masa dengan berkumpul tepat pada waktu yang dijanjikan. Pujian harus diberikan kepada puteri-puteri Sakura. Keheningan pagi dimulakan dengan aktiviti senamrobik oleh Kumpulan Wondergirls. Dihiasi dengan lagu-lagu rancak dan langkah-langkah yang mudah dan menarik untuk diikuti, semua pelajar kelihatan ceria dan aktif walaupun matahari belum menampakkan sinarnya sepenuhnya.



Kumpulan Wondergirls yang mengendalikan senamrobik





mantan presiden kita pun turun padang taw...


yang depan ni Presiden Sakura, yang tengah suka tu, Exco Pembangunan Sahsiah..




Kemudian peluh yang makin merembes keluar tidak disia-siakan, aktiviti diteruskan dengan light jogging mengelilingi tasik UNIMAS. Betapa indahnya menikmati cahaya pagi ditemani bunyi-bunyi air tasik, semua pelajar tidak melepaskan peluang melibatkan diri.







Setibanya pelajar di Kolej Sakura, mereka dihidangkan dengan sedikit minuman ringan bagi merehatkan dan menyejukkan badan. Masing-masing mula mengambil tempat untuk bersedia dengan aktiviti sukaneka seterusnya.






Aktiviti sukaneka yang pertama "Kereta api dadu", ternyata menceriakan suasana, keadaan walaupun sedikit panas tetapi senyuman dan gelak tawa tidak pernah lekang di bibir semua pelajar Sakura. Kaedah yang dimainkan sangat menghiburkan di samping memberi pengajaran tentang kerjasama dalam kumpulan dan bersatu padu dalam mencapai matlamat.

bila JPK bertemu JPK, bermulalah sesi perbincangan... =)



inilah kumpulan yang menang permainan ni...





Aktiviti yang kedua, tarik tali atau lebih dikenali dengan tarik kain batik. Bukan kerana tidak sempat atau tidak berjaya mendapatkan tali tetapi sekadar menciptakan kelainan dan suasana ceria dengan menggunakan kain batik. Jelaslah memang permainan ini menggembirakan dan paling mengejutkan kerana Presiden Kolej Sakura, Saudari Nurul Faseeha telah memenangi permainan ini setelah bertarung dengan ahli JPK yang lain.




kumpulan Faseeha yang menang...yeahh!




Seterusnya dimainkan pula aktiviti "Puzzle Powder" yang memerlukan 4 orang peserta dan setiap peserta mempunyai peranan masing-masing. Peserta pertama yang ditutup matanya hendaklah mendapatkan bekas yang berisi tepung dan huruf-huruf itu dengan menggunakan arahan yang diberikan oleh rakan sekumpulan mereka. Tiba pada peserta kedua, mereka diikat kakinya harus membawa bekas tadi kepada ahli kumpulan mereka. Peserta ketiga yang dibisukan sementara telah dimaklumkan tentang perkataan atau peribahasa yang ada di sebalik huruf-huruf tersebut dan peserta keempat yang diikat jarinya hendaklah menyusun huruf-huruf itu sehingga terbentuknya peribahasa yang dimaksudkan. Permainan ini mengajar pelajar tentang nikmat-nikmat yang ada dan kita seharusnya mensyukuri nikmat-nikmat tersebut serta menggunakan mereka ke arah kebaikan.



yes! kita menang game ni... =D





Aktiviti terakhir iaitu "Musical Chair" sekadar menghiburkan hati dan menceriakan suasana diadakan untuk pelajar-pelajar.

Ternyata objektif untuk program Pagi Ceria telah terlaksana memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan dan kesemua puteri Sakura ceria dan aktif.

Program ditutup dengan sesi penggambaran beramai-ramai yang jelas mempamerkan sifat kasih sayang dan kekeluargaan di antara warga Sakura.

1 Sakura 1 Semangat!