Monday, February 1, 2010

Sakura Ceria - Pagi Ceria

Sakura Ceria merupakan aktiviti gabungan empat Exco JPK iaitu Exco Akademik & Kerjaya, Exco Kebajikan & Kemudahan, Exco Kesenian & Kebudayaan dan Exco Keusahawanan pada 30 Januari 2010 iaitu hari Sabtu bermula dari jam 6.30 pagi sehingga 12 tengah malam.

Terbahagi kepada tiga sesi, Pagi Ceria, Petang Ceria dan Malam Ceria. Setiap sesi mempunyai aktivitinya yang tersendiri.

Kali ini, akan dibentangkan tentang Pagi Ceria.







Seawal 6.30 pagi program ini bermula, para pelajar sungguh menepati masa dengan berkumpul tepat pada waktu yang dijanjikan. Pujian harus diberikan kepada puteri-puteri Sakura. Keheningan pagi dimulakan dengan aktiviti senamrobik oleh Kumpulan Wondergirls. Dihiasi dengan lagu-lagu rancak dan langkah-langkah yang mudah dan menarik untuk diikuti, semua pelajar kelihatan ceria dan aktif walaupun matahari belum menampakkan sinarnya sepenuhnya.



Kumpulan Wondergirls yang mengendalikan senamrobik





mantan presiden kita pun turun padang taw...


yang depan ni Presiden Sakura, yang tengah suka tu, Exco Pembangunan Sahsiah..




Kemudian peluh yang makin merembes keluar tidak disia-siakan, aktiviti diteruskan dengan light jogging mengelilingi tasik UNIMAS. Betapa indahnya menikmati cahaya pagi ditemani bunyi-bunyi air tasik, semua pelajar tidak melepaskan peluang melibatkan diri.







Setibanya pelajar di Kolej Sakura, mereka dihidangkan dengan sedikit minuman ringan bagi merehatkan dan menyejukkan badan. Masing-masing mula mengambil tempat untuk bersedia dengan aktiviti sukaneka seterusnya.






Aktiviti sukaneka yang pertama "Kereta api dadu", ternyata menceriakan suasana, keadaan walaupun sedikit panas tetapi senyuman dan gelak tawa tidak pernah lekang di bibir semua pelajar Sakura. Kaedah yang dimainkan sangat menghiburkan di samping memberi pengajaran tentang kerjasama dalam kumpulan dan bersatu padu dalam mencapai matlamat.

bila JPK bertemu JPK, bermulalah sesi perbincangan... =)



inilah kumpulan yang menang permainan ni...





Aktiviti yang kedua, tarik tali atau lebih dikenali dengan tarik kain batik. Bukan kerana tidak sempat atau tidak berjaya mendapatkan tali tetapi sekadar menciptakan kelainan dan suasana ceria dengan menggunakan kain batik. Jelaslah memang permainan ini menggembirakan dan paling mengejutkan kerana Presiden Kolej Sakura, Saudari Nurul Faseeha telah memenangi permainan ini setelah bertarung dengan ahli JPK yang lain.




kumpulan Faseeha yang menang...yeahh!




Seterusnya dimainkan pula aktiviti "Puzzle Powder" yang memerlukan 4 orang peserta dan setiap peserta mempunyai peranan masing-masing. Peserta pertama yang ditutup matanya hendaklah mendapatkan bekas yang berisi tepung dan huruf-huruf itu dengan menggunakan arahan yang diberikan oleh rakan sekumpulan mereka. Tiba pada peserta kedua, mereka diikat kakinya harus membawa bekas tadi kepada ahli kumpulan mereka. Peserta ketiga yang dibisukan sementara telah dimaklumkan tentang perkataan atau peribahasa yang ada di sebalik huruf-huruf tersebut dan peserta keempat yang diikat jarinya hendaklah menyusun huruf-huruf itu sehingga terbentuknya peribahasa yang dimaksudkan. Permainan ini mengajar pelajar tentang nikmat-nikmat yang ada dan kita seharusnya mensyukuri nikmat-nikmat tersebut serta menggunakan mereka ke arah kebaikan.



yes! kita menang game ni... =D





Aktiviti terakhir iaitu "Musical Chair" sekadar menghiburkan hati dan menceriakan suasana diadakan untuk pelajar-pelajar.

Ternyata objektif untuk program Pagi Ceria telah terlaksana memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan dan kesemua puteri Sakura ceria dan aktif.

Program ditutup dengan sesi penggambaran beramai-ramai yang jelas mempamerkan sifat kasih sayang dan kekeluargaan di antara warga Sakura.

1 Sakura 1 Semangat!




No comments:

Post a Comment