Aktiviti Kolej Sakura yang pertama mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Biarpun sibuk dengan pendaftaran dan sesi mengemas rumah, namun peluang untuk merehatkan minda di samping mengasah bakat terpendam tidak dilepaskan oleh puteri-puteri Sakura.
Pelbagai jenis persembahan telah ditonjolkan, dari segi nyanyian, tarian, deklamasi sajak dan mainan alat muzik. Tidak disangka-sangka dengan kelembutan dan keayuan pelajar-pelajar Sakura, tersimpan seribu jenis bakat yang boleh diasah dan dicungkil untuk menjadi seseorang yang istimewa dan berbeza dari yang lain.
Auditorium PKMA penuh diisi dengan puteri-puteri Sakura yang menonton, walaupun tidak dibuka kepada tontonan umum, namun sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Ini menunjukkan bahawa puteri-puteri Sakura bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Universiti, pihak Kolej dan JPK Sakura.
Di kesempatan ini, jutaan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai dalam menonjolkan bakat masing-masing, dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yan diberikan oleh puteri-puteri Sakura.
pemenang tempat pertama Sakura's Got Talent
pemenang tempat kedua Sakura's Got Talent
pemenang tempat ketiga Sakura's Got Talent
pemenang tempat kedua Sakura's Got Talent
pemenang tempat ketiga Sakura's Got Talent
Kegembiraan jelas terpancar di wajah semua orang termasuk pengetua, Pn Rafeah bt Wahi, felo-felo, Pn Noorma bt Ismail dan Cik Siti Nor Ain bt Musa dan pelajar-pelajar yang dikasihi. Sekalung penghargaan diucapkan atas kesudian "ibu-ibu" puteri Sakura hadir ke majlis yang tidak semewah mana namun memang memancarkan kebahagiaan dalam hati warga Sakura.
Diharapkan sokongan dan semangat yang sama tidak akan pernah pudar dan terus menerangi Kolej Sakura. 1 Sakura 1 Semangat!
No comments:
Post a Comment