Pasti ramai tertanya, apakah motif pertandingan ini diadakan.. Matlamat utama bukanlah untuk menukar logo rasmi Kolej Sakura yang sungguh comel itu tetapi sekadar ingin mereka corak dan kata-kata semangat yang boleh dijadikan identiti Kolej Sakura. Sama ada diletakkan di produk-produk Kolej Sakura seperti baju, beg, keychain, buku nota dan sebagainya.
Pertandingan di bawah EXCO Keusahawanan yang berlangsung selama 2 minggu ini sangat mendapat sambutan. Bermula dari 11 Januari 2010 dan berakhir pada 25 Januari 2010. Lebih 100 hasil rekaan telah dihantar. Betapa kreatifnya pelajar Sakura dalam mereka sesuatu logo dan mencipta kata-kata perangsang untuk adik-beradik di kolej ini.
Hadiah yang ditawarkan juga tidak kurang lumayan, wang tunai berjumlah RM 150 akan dimiliki oleh hanya seorang pemenang. Siapakah yang akan menjadi pemenang utama itu? Nantikan...
Pengumuman pemenang hanya akan diumumkan pada satu tarikh yang dirasakan sesuai memandangkan terdapat satu lagi pertandingan bakal diadakan dalam masa terdekat. Kepada sesiapa yang ingin mencuba nasib sekali lagi, boleh menyertai kerana hadiah yang ditawarkan tidak kurang hebat juga.
Logo dan moto yang menjadi pilihan juri akan dipaparkan kelak untuk tatapan semua orang.
No comments:
Post a Comment