Tuesday, January 20, 2009

Aluan Pengetua Kolej Sakura

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera


Pertama sekali saya ingin mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya Kolej Sakura kini telah 3 tahun menyumbang bakti kepada penghuni-penghuninya. Tahniah juga kepada semua kakitangan Kolej Sakura yang sentiasa bersedia memberikan khidmat yang terbaik mereka tidak kira waktu.

Sepertimana aspirasi Naib Canselor UNIMAS Yang Berbahagia Prof Khairuddin bin Abd Hamid, sistem semi-collegiate telah dimulakan sejak tahun 2006 di kolej-kolej kediaman UNIMAS untuk menggalakkan para penghuni kolej mempertingkatkan kemahiran insaniah dan akademik mereka. Kolej Sakura tidak ketinggalan dalam menyahut seruan ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang membina jatidiri dan kecemerlangan diri penghuni-penghuninya dalam psemua bidang. Malah, Kolej Sakura telah mencapai prestasi yang amat membanggakan dalam sesetengah aktiviti yang dianjurkan. Pihak Kolej Sakura, dari masa ke semasa akan berusaha menyediakan tapak untuk mahasiswa UNIMAS menggilap bakat dan kebolehan mereka supaya dapat diperkembangkan untuk memperkasakan kualiti budaya bangsa dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Saya juga berharap para penghuni Kolej Sakura dapat menjaga hubungan baik sesama mereka, serta memanfaatkan kemudahan-kemudahan dan aktiviti-aktiviti yang sedia ada di Kolej dengan sebaiknya untuk kecemerlangan akademik dan sahsiah diri. Sesungguhnya, mahasiswa merupakan pencetus kemajuan masyarakat dan seharusnya menjadi tauladan yang terbaik dari semua segi.

Akhir kata, saya berdoa semoga segala usaha murni pihak Kolej akan memberikan manfaat kepada semua pihak, khususnya penghuni-penghuni Kolej Sakura sendiri. Sama-samalah kita menyemai semangat cintakan Kolej Sakura yang banyak menabur bakti kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.

Pn Rafeah Wahi
Pengetua Kolej Sakura

1 comment:

  1. Tahniah Pn Rafeah atas usaha dan kesungguhan terhadap keharmonian dan pembangunan Sakura... - Pn Fa London..

    ReplyDelete