Setelah mengalami kekecewaan pada minggu sebelumnya kerana aktiviti riadah mingguan yang terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat, akhirnya aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya pada 18 Januari 2009, pada pukul 4.30 petang di Gelanggang Sakura. Tema minggu ini ialah poco-poco.
Pengetua turut hadir sebentar untuk memberikan sokongan padu kepada warga Sakura. Alhamdulillah nampaknya sesi pertama riadah mingguan ini mendapat sambutan. Mudah-mudahan di minggu-minggu yang akan datang penyertaan lebih meriah lagi. Warga Sakura tentu sekali semuanya ingin sihat dan rapi kan? Ayuh kita mulakan dengan bersenam !!
No comments:
Post a Comment