Kami tiba tepat pada pukul 8 pagi di rumah Seri Kenangan. Kedatangan kami disambut mesra oleh penghuni rumah tersebut.
Seawal pagi lagi kami telah melakukan "General Cleaning" di sekitar rumah Seri Kenangan. Pembersihan dijalankan selama 2 jam dan tamat pada jam 10.15 pagi.
Seterusnya, peserta Kolej Sakura yang menyertai rombongan tersebut yang seramai 37 orang dan diiringi oleh Cik Siti Nurain selaku Felo Kolej Sakura bermesra bersama warga Rumah Seri Kenangan. Bertukar-tukar cerita dan pengalaman hidup serta berkongsi suka-duka bersama warga tua Seri Kenangan.
Foto sepanjang Program tersebut............





Pelajar Sakura berpoco-poco dan berjoget sakan bersama warga emas Seri Kenangan......
Semoga program komuniti seperti ini akan diadakan lagi buat masa akan datang.....
Go....Sakura....
best2 g umah kenangan tuh...
ReplyDeletesedey pn ade tgok diorg....
huhuhu :((