Wednesday, February 11, 2009

"Counselling Tour Exhibition"

Pada 1 Februari lepas, kolej Sakura telah bekerjasama dengan kolej Alamanda untuk menjayakan "Counselling Tour Exhibition" yang bertempat di kolej Alamanda. Sambutan daripada pelajar Sakura sangat menggalakkan bahkan seawal 7.30 pagi lagi JPK Sakura bersiap sedia untuk aktiviti tersebut. JPK Sakura mengendalikan 'Indoor Games' iaitu Dam, Congkak dan Chess. Pertandingan juga diadakan dan pemenang mendapat hadiah yang telah disediakan oleh Pelajar Kaunseling. sambutan pertandingan amat menggalakkan. Kerjasama aktiviti ini berjaya diadakan dan tepat 5.00 petang aktiviti bersurai. Semoga kerjasama ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kolej kediaman di UNIMAS.

-Ganbatte-


No comments:

Post a Comment