Salam sejahtera semua !
Hari ini, mari kita mengimbas kembali tentang apa yang dah berlaku semasa aktiviti Explorace Sakura pada 18 September 2011 yang lepas. Ramai yang turut serta bukan ? Nama pun wajib bah. Kalau nak duduk Kolej Sakura lama-lama, kenalah aktif beraktiviti.
Barisan JPK yang gagah perkasa. Kak Doryna menunjukkan kemachoannya. haha |
Program ini telah dikendalikan oleh barisan
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) 2010/2011. Kita semua tahu, JPK kita semua sangat lah agresif, lasak, dan comellll. Maka, kerana keagresifan mereka aktiviti Explorace Sakura telah dimulakan pada pukul 2.00 petang. hehe. Di mana matahari sedang berada tepat diatas kepala masing masing. Kadang kadang terasa diri berada di Gunung Sahara. Nasib baiklah, masih di UNIMAS.
Muka muka pelajar Sem 1 yang sangat naif sedang tekun menerima taklimat. |
Sebelum apa apa jua program, pasti ada taklimat bukan ? Gambar diatas menunjukkan warga Sakura sedang menerima taklimat dengan sangat tekun. Sangat tekun, sambil berpayungan untuk mengelak sinaran UV yang boleh mengaktifkan pertumbuhan jerawat dengan sangat pantas. Cuba cari diri anda dimana ?
MARI KITA MULA !
hilang sudah keayuan, cuma kemachoan yang penuh semangat terpampar diwajah puteri Sakura. |
Sebelum itu, puteri puteri Sakura haruslah melepasi check point yang telah disediakan. Iaitu, Jambatan Tasik Cinta Unimas, ruang legar Fakulti Kejuruteraan, Klinik Unimas, DeTar Putra, dan Laluan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif. Mari kita lihat pelbagai ragam puteri Sakura di beberapa check point !
Semasa check point di Tasik Cinta, muka masing masing macam ketakutan seperti disuruh terjun seorang seorang ke dalam tasik. Siap cross fingers lagi...
Ini membuktikan bahawa pelajar Sakura mempunyai struktur pinggang yang sangat kukuh.
Tidak perlu susu Anlene.
Amboiiii, penuh perasaan nampakkk !
*The Lucky Wall in the World*
Lebih kurang pada pukul 5.30 petang, program pun tamat dengan jayanya. Ini adalah kumpulan pertama yang berjaya sampai ! tahniah ! bukti kepenatan dapat dilihat, apabila payung yang digunakan untuk menghalang cahaya UV telah bertukar menjadi tongkat.
Dan yang pasti, objektif program untuk memupuk kerjasama antara puteri Sakura, saling bertolak ansur dalam kumpulan, dan tidak berputus asa telah tercapai.
Tahniah pada semua !